PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENGELUARAN KAD KENAL DIRI ORANG KURANG UPAYA

Muka utama Perutusan Piagam Pelanggan Carta Organisasi Direktori Kakitangan
 
PERKHIDMATAN

PENDAHULUAN

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Masyarakat. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Objektif Pendaftaran

  • Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan orang kurang upaya di negara ini.
  • Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi orang kurang upaya.
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan keperluan orang kurang upaya.
  • Untuk mengenalpasti orang kurang upaya mengikut jenis-jenis kecacatan.

Definasi Orang Kurang Upaya

Seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuh atau sebahagiaan daripada keperluan biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan samada dari segi fizikal atau mental dan samada ia berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu.

Jenis-Jenis Kecacatan

Mereka yang layak dipertimbangkan pendaftaran terdiri daripada golongan yang dikategorikan sebagai :-

  • Penglihatan - iaitu bagi yang tidak boleh melihat langsung ataupun penglihatan terhad iaitu tidak boleh melihat dengan terang atau jelas seperti orang biasa walaupun menggunakan cermin mata atau ‘ contact lense’.
  • Pendengaran - iaitu pekak termasuk bisu.
  • Anggota - iaitu kecacatan badan samada kehilangan atau tiada sesuatu anggota atau kecacatan di mana-mana bahagian badannya. Ini termasuklah mereka yang berpenyakit polio, kudung, Lumpuh separuh atau sebelah badan dan spastik.
  • Akal - Keadaan di mana kecederaan otak tidak selaras dengan usia.

BANTUAN KEWANGAN

KANAK-KANAK

WARGA TUA

ORANG KURANG UPAYA

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

PROJEK PEMBANGUNAN SOSIAL